Menelusuri Abadinya Cetusan Dari Hati

Sebuah nyanyian dari cetusan hati...

Hakikat Kehidupan

~Bila???~
Bila??? Kenapa persoalan ini sering menjadi pilihan masyarakat untuk dipersoalkan setiap kali bertemu dengan insan2 tertentu yang dikenali? Bila nak kawin??? Kalau dah kawin, bila nak dapat anak??? Kalau dah dapat anak, bila nak tambah anak??? Pernahkah difikirkan perasaan insan yang ditanya dengan soalan tersebut?

Of course, yang dah kawin, ya, u dah kawin, so u boleh tanya orang sesuka hati u...yang dah ada anak, ya, boleh tanya juga sebab u dah ada anak & begitu juga yang dah ramai anak, ya, silakan bertanya andai soalan tersebut memuaskan hati anda untuk mendapatkan jawapannya. Hanya mereka yang berada dalam lingkungan tersebut dapat memahami perasaan yang tersirat di lubuk hati insan2 terpilih itu. Ya, kepada mereka yang tidak berada pada kedudukan tersebut, mungkin persoalan tersebut sekadar bertanya tapi ia sebenarnya terlalu sensitif pada yang perlu menjawabnya. Hinggakan apabila tidak mampu menjawab, hanya senyuman sebagai pengganti kepada sebuah jawapan.

Soalan yang paling sensitif di sini adalah bila nak kawin??? Siapa yang tak nak kawin? Setiap insan di dunia ini mempunyai naluri untuk mempunyai pasangan, untuk disayangi, dirindui dan dicintai. Tapi, pernahkah terlintas di hati anda tentang perasaan sebenar insan2 yang masih belum berkahwin itu dengan persoalan yang kadang kala melukakan hati & perasaannya? Tambahan pula dengan umur yang semakin menginjak ke angka 30, terutamanya kaum wanita, gelaran andartu @ andalusia bakal dikalungkan kepadanya. Begitu juga dengan kenyataan, "memilih sangat..." yang sekaligus merentap hati & perasaan mereka. Siapa yang tidak akan memilih? Jika anda berada pada tempat mereka, anda juga akan memilih siapa yang akan menjadi pendamping hidup anda di dunia ini dan tentunya yang akan membawa ke syurga yang kekal abadi. Takkan terus menerima tanpa mengetahui latar belakang agamanya? Tapi, tahukah anda betapa sukar untuk mencari seseorang dalam dunia hari ini yang mampu membawa kita ke syurga Ilahi?

Hakikatnya, jodoh itu rahsia Allah. Siapa kita sebagai manusia untuk mempersoalkan tentangnya terhadap insan2 yang belum bertemunya. Jauh di sudut hati mereka sering kali terasa sunyi, ingin bahagia, mempunyai suami @ isteri & anak2 yang dapat memberi ketenangan, cinta dan kasih sayang. Namun, apa yang mampu mereka lakukan selain terus berusaha dan berdoa agar dikurniakan kebahagiaan itu.

Justeru, sebagai insan biasa yang telah dikurniakan kebahagiaan yang diimpikan oleh mereka yang berada pada persoalan ini, belajarlah untuk memahami dan berempati dengan hati dan perasaan insan2 terpilih ini. Kenapa mereka dikatakan 'insan2 terpilih'? Kerana Allah memberi mereka kesempatan untuk terus berdoa & meletakkan pengharapan hanya kepada-Nya. Allah juga ingin menambahkan rasa cinta hamba2-Nya yang terpilih itu untuk terus menyuburkan rasa cinta kepada-Nya melebihi segala2nya. Dan andai tiada jodoh mereka di dunia yang fana ini, mungkin Allah ingin menemukan mereka dengan bidadari2 dan bidadara syurga. Sama2lah kita berdoa agar insan2 terpilih ini dipertemukan dengan pasangan yang telah tertulis sejak di Luh Mahfuz. Amin.

No comments:

Post a Comment