Menelusuri Abadinya Cetusan Dari Hati

Sebuah nyanyian dari cetusan hati...

Himpunan Kata-Kata


~Pengertian yang salah tentang sebuah kebenaran menyebabkan yang tidak bersalah menjadi mangsa & teraniaya...terus berdiam diri tidak bermakna bersalah, tapi demi menjaga hati2 & hubungan lain...biarkan kebenaran itu tiba meskipun di akhirat nanti...~

~Berbahagia dengan kebaikan meskipun tanpa diketahui...bersabar dengan kebencian meskipun berada dalam kebenaran...& memaafi dengan tulus meskipun dikhianati...~

~Pulang ke permulaan langkah... Biarkan angin terus berlalu tanpa rasa... Pasrah...~

~Andai takdir, semoga Allah permudahkan... Andai tidak, semoga Allah lenyapkan segala kesedihan...~

~Bersabarlah untuk sebuah ketenangan... Jika sedang diuji, hanya ada 2 pilihan iaitu nafsu & iman... Buatlah pilihan...~

~Tuluskan tauhid kepada-Nya, agar hati terbuka... Bersihkan keikhlasan untuk-Nya, agar jiwa tidak kehausan... Sejernih tauhid dan sesuci keikhlasan, itulah kebahagiaan...~

~Jadikanlah AL-QURAN itu SURAT CINTAMU...
Jadikanlah SOLAT itu PENGHUBUNG dengan TUHANMU... 
Jadikanlah DZIKIR itu KERINDUANMU... 
& Jadikanlah MATI itu PERTEMUAN PERTAMA dengan KEKASIHMU...~

~Seorang wanita diuji apabila seorang lelaki tidak mempunyai apa-apa...
& Seorang lelaki diuji apabila dia mempunyai segala-galanya...~

~Hidup tidak selalunya indah...tetapi yang indah itu tetap hidup, dalam kenangan dan keabadian...~

~Dalam perjalanan ini, kaki perlu terus melangkah & melangkah kerana jalan ini telah dipilih sebagai destinasi yang akan membawa ke akhirnya... Namun, jauh di sudut hati terasa ingin berpatah balik & memilih jalan lain meskipun terpaksa terus menunggu di simpang jalan itu bagi mendapatkan sebuah jawapan pasti... Tapi, jalan yang telah dipilih tetap perlu diteruskan... Hanya redha & tawakkal...~

~Memaafkan bermakna melepaskan jiwa dari dendam & kepedihan jiwa...namun, untuk menjalin semula apa yang pernah ada, adalah satu kepayahan yang akan membawa kepada luka lama kesan daripada pengkhianatan kepercayaan yang telah diberikan...~

~Cinta pertama adalah kenangan, yang tersemat kukuh di hati meskipun lukanya amat menyakitkan... Cinta kedua adalah pelajaran, yang tersimpan di sudut hati bersama memori dulu yang tidak kesampaian... Cinta seterusnya adalah keperluan, yang terpahat di lubuk hati untuk mengenal erti sebuah kehidupan...~

~Menyukaimu bererti satu penerimaan... Mengasihimu bererti sebuah ketulusan... Menyayangimu bererti seribu pengertian... Menyintaimu bererti seluruh pengorbanan...~

~Cinta pertama seorang wanita adalah yang paling dalam & tulus di hatinya... Cinta terakhir seorang lelaki adalah yang tersemat kukuh di hatinya... Beruntungnya seorang lelaki andai mendapat cinta pertama seorang wanita... & berbahagialah seorang wanita andai memperoleh cinta terakhir seorang lelaki...~

~Memberi cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan...~

~Sekadar mengharap cinta, kita akan terseksa... Sekadar menerima cinta, kita akan derita... Namun, andai terus memberi cinta, kita akan bahagia...~

~Saat kamu mula menangis, ramai insan2 yang bersimpati... Saat berulang kamu bersedih, ramai pula yang mulai bosan... Namun, hanya seorang yang bergelar SAHABAT sanggup menanti walau berapa lama kamu akan berhenti bersedih...~

~Andai cintamu tidak berhasil, bebaskan dirimu... Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya & terbang ke alam bebas... Ingtlah, kamu mungkin menemukan cinta & kehilangannya... Namun, ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati bersamanya...~

~Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah...kerana, Dia ingn kita untuk saling mengenali... Meskipun perbezaan antara kita akan ada, carilah titik persamaan itu...kerana kita akan temui sebuah keserasian...~

~Saat sukar & sedih, ramai yang berkata, "bsabarlah..." Tapi, berapa ramai yang tahu betapa mahal & sukarnya kesabaran itu...~

~Kasih sayang adalah rahmat Allah...apabila ada rasa sayang, bermaksud hidup kita sentiasa dirahmati... Kadang2, kita perlu berkorbn untuk kasih sayang itu... Bukan untuk dihargai... Tetapi, kerana kita sedar & faham erti sebenar kasih sayang...~

~Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat wujudnya cinta...~

~Andai semalam sebuah pengorbanan perlu dilakukan demi kebahagiaan orang lain, lakukanlah meskipun hatimu pdih... Andai hari ini dia sedikit pun tidak menghargai apatah lagi mengingati, lepaskanlah segalanya dari hati... Kerana, yakinilah esok kau akan kecapi kebahagiaan dari pengorbanan nurani...~

~Semalam, telah berlalu...namun hati tetap mengingati kenangan itu... Hari ini, masih ada...namun hati sudah tidak seperti dulu... Esok, belum pasti...namun hati telah memaafi segalanya...~

~Biar diri tidak dihargai tapi masih ada harga diri...daripada hilang harga diri demi untuk dhargai...~

~Cinta bukanlah dari kata2 tetapi dari keinginan yang diberi pada hati yang memerlukan...ia suci andai dapat dilihat dari pengorbanan...bukan hanya dari sebuah pemberian...~

~Walaupun cinta pertama sentiasa ada dalam fikiran seseorang wanita, namun cintanya kini tetap berada di tempat yang teristimewa dalam hatinya...~

~Cinta pertama bagi seorang wanita adalah yang paling dalam & tulus...~

~Jadilah insan yang memberi tanpa mengingati dan menerima tanpa melupakan...nescaya anda bahagia...~

~Kita jangan selalu mengharap...kerana mengharap tidak pasti tertunai...tetapi, kita boleh bersabar...kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan...jangan menangis kerana sebuah cinta...kerana manusia akan meninggalkan apa yang dicinta...~

No comments:

Post a Comment